Penggabungan pasukan mungkin lebih baik -- Kevin

Oleh Staff Writer 17 November 2016 1
Penggabungan pasukan mungkin lebih baik -- Kevin
Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, berasa penggabungan pasukan adalah lebih baik daripada pembubaran terus sesebuah pasukan.

"Penggabungan itu boleh dilihat sebagai kedua-dua pihak meletakkan kekuatan masing-masing dalam satu pasukan dan ia mungkin boleh berkembang terus daripada situ.

"Saya berasa ia merupakan satu perkara yang positif," kata Kelvin, mengulas mengenai status khabar angin pembelian Air Asia FC terhadap DRB Hicom FC. 

Dalam pada itu, Kevin turut mengesahkan masih belum menerima sebarang permohonan daripada DRB Hicom, sama ada untuk menarik diri daripada saingan Liga Perdana musim depan atau pun untuk bergabung dengan Air Asia FC.

Kata putus akan hanya diketahui apabila setiap pasukan mengesahkan penyertaan menghadapi saingan musim 2017 pada 30 November ini.

"Ia sekadar perkabaran kerana kami juga hanya mendengar berita daripada perkongsian dalam sosial media.

"Buat masa ini DRB Hicom sendiri tidak memberikan apa-apa maklumat atau pengesahan mengenai perancangan mereka untuk musim hadapan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen