Pengalaman bertemu Bayern buat Chelsea lebih bersedia

Oleh Ammar Hakim 19 Oktober 2020 184
Pengalaman bertemu Bayern buat Chelsea lebih bersedia
Frank Lampard yakin Chelsea lebih bersedia menghadapi musim baru Liga Juara-Juara (UCL) berikutan kekalahan kepada Bayern Munich musim lalu. 

Chelsea mara ke peringkat kalah mati tetapi diatasi Bayern 3-0 di Stamford Bridge dalam aksi pertama sebelum tewas 4-1 dalam perlawann timbal balik.

Kekalahan agregat 7-1 merupakan kekalahan kedua terbesar dialami oleh pasukan Inggeris dalam sejarah UCL.

Pemenang Liga Europa, Sevilla, lawan pertama Chelsea bagi musim ini, dengan Krasnodar dan Rennes turut diundi dalam kumpulan yang sama.

Walaupun The Blues mudah diatasi Bayern, Lampard percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik selepas pasukan diperkuatkan dengan pemain-pemain berpengalaman dalam saingan UCL seperti Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Thiago Silva.

"Pemain-pemain yang beraksi musim lalu, masih muda, sememangnya perlawanan berdepan Bayern Munich adalah sukar kerana mereka berada di tahap berbeza, ia menjadi proses pembelajaran bagi mereka," kata Lampard.

"Ini adalah UCL, pertandingan tertinggi peringkat kelab bola sepak dunia, mereka akan tampil dengan lebih baik, mereka mahu memperbaiki kemampuan mereka.

"Pemain-pemain yang dibawa masuk memiliki pengalaman dalam saingan UCL.

"Anda harus benar-benar fokus berdepan lawan dalam saingan ini, terutama Sevilla."
 
Werner dan Havertz mencatatkan gol liga pertama mereka untuk Chelsea menentang Southampton Sabtu lalu, menjadi pemain kelima dan keenam Jerman yang menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat The Blues, walaupun mereka seri 3-3 di Stamford Bridge.

Lampard mengakui bahawa dia mahu pasukannya lebih pragmatik kerana mereka berhasrat untuk menutup perlawanan, walaupun menegaskan tidak ada masalah komunikasi. 

"Saya pasti tidak mahu bermain bola sepak dengan agresif pada saat-saat terakhir permainan dan itu adalah mesej saya kepada pasukan," tambahnya.

"Kami perlu bermain dengan lebih baik untuk jangka masa yang lama. Saya berasakan pemain tidak cukup melakukannya. Saya rasa itu adalah sesuatu yang ada dalam pemain kami, mereka mahu bermain bola sepak. 

"Saya tidak mementingkan komunikasi. Saya bercakap mengenai pengurusan permainan. Apabila anda menghidupkan permainan, pemain harus bertindak di atas padang."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen