Atletico Madrid mengesahkan pembedahan kaki yang dijalani Diego Costa telah berjalan dengan sempurna.

Costa beraksi menahan kesakitan di sepanjang kempen musim ini susulan kecederaan di bahagian metatarsal kiri dan terpaksa menjalani pembedahan di Brazil minggu ini.

Penyerang Sepanyol itu menjaringkan satu gol dalam kempen LaLiga musim 2018/19 sewaktu menentang Barcelona bulan lalu dan dikaitkan dengan jalan keluar walaupun baru kembali bersama Atletico, Januari lalu.

Atletico tidak mengesahkan tempoh mereka bakal kehilangan khidmat Costa tetapi laporan di Sepanyol mengatakan dia mungkin akan berehat sekitar dua bulan.

"Proses pengeluaran itu melibatkan bahan osteosynthesis di bahagian metatarsal V pemain yang dilalui 12 tahun lalu serta memperbaiki tendon peroneal kecil," kata wakil Atletico.

Kecederaan Costa dijangka memberi laluan buat Nikola Kalinic untuk menyinar tatkala penyerang itu hanya beraksi dua kali dalam kesebelasan utama LaLiga sejak berhijrah daripada AC Milan, Ogos lalu.

Atletico melalui aksi ke-400 bersama pengendali, Diego Simeone, dengan penuh bergaya selepas menewaskan Sant Andreu 4-0 awal pagi tadi bagi mengesahkan tempat dalam pusingan 16 Piala Raja Sepanyol.