Iker Casillas percaya kontrak baharu yang ditandatangani Cristiano Ronaldo membuktikan dia masih pemain utama di Real Madrid.

Ronaldo kini terikat sehingga tahun 2021 di samping menyasarkan beberapa tahun lagi sejak menyertai pasukan itu dari Manchester United pada tahun 2009.

Timbul dakwaan bahawa Ronaldo tidak lagi menjadi pemain utama Real selepas pasukan itu menawarkan Gareth Bale kontrak baharu.

Namun, Casillas, yang telah menjadi rakan sepasukan Ronaldo selama enam tahun sebelum berhijrah ke FC Porto tahun lalu, percaya betapa pentingnya kelibat Ronaldo dalam pasukan dan berharap pemain itu akan terus mengekalkan tahap terbaiknya.

"Dia seorang pemain yang menakjubkan dan telah menyumbangkan segalanya buat Real Madrid," Casillas memberitahu Europa Press.

"Pembaharuan kontrak itu sudah pasti akan mengujakan hati penyokong kerana Ronaldo juga sedar bahawa dia masih pemain no.1 di Bernabeu.

"Penyokong juga sudah pasti akan mengharapkan aksi yang mantap daripadanya, jadi saya harap Ronaldo akan terus membuat sumbangan untuk tempoh yang lama."