Ivan Rakitc terjun ke dalam kolam mandi miliknya bagi meraikan kejayaan Sevilla menjuarai Liga Europa awal pagi tadi.

Sevilla mengesahkan gelaran keenam mereka dalam kejohanan itu apabila menewaskan Inter Milan 3-2 dalam final mendebarkan di Cologne awal pagi tadi.

Rakitic dikaitkan untuk kembali ke kelab itu selepas enam musim bersama Barcelona.

Pemain tengah itu sedang ditemu bual SFC Media sebelum dia bertindak untuk terjun ke dalam kolam mandinya dengan berpakaian lengkap bagi meraikan kejayaan bekas pasukannya itu.

Rakitic menjuarai Liga Europa bersama Sevilla pada 2014 sebelum menyertai Barcelona dan memenangi empat gelaran LaLiga dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain kebangsaan Croatia itu dikaitkan untuk meninggalkan Barcelona selepas Ronald Koeman menggantikan Quique Setien sebagai jurulatih.

Rakitic hanya diletakkan di bangku pemain simpanan ketika Barca diaibkan dengan kekalahan 8-2 di tangan Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.