AC Milan mengumumkan bahawa pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik akan menjalani kem latihan intensif di Verona.

Skuad kendalian Gennaro Gattuso itu tumpas 3-0 dan semakin terancam ke zon penyingkiran susulan rentetan tiga kekalahan Rossoneri dalam lapan aksi terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Gattuso dilantik sebagai jurulatih sementara Milan berikutan pemecatan Vincenzo Montella, namun semakin tertekan selepas gagal mengubah nasib mereka.

"AC Milan mengumumkan bahawa pasukan akan menjalani latihan intensif dari esok sehingga notis lanjut," umum Milan dalam satu kenyataan ringkas.

Milan menjadi pasukan pertama yang gagal mengalahkan Benevento dalam Serie A musim ini ketika mereka seri 2-2 dalam sentuhan pertama Gattuso.

Bekas tonggak tengah Milan dan Itali itu juga menyaksikan anak buahnya kalah 2-0 kepada Rijeka dalam Liga Europa tetapi sedikit lega menerusi kemenangan ke atas Bologna dan Verona.

Perlawanan membabitkan Milan yang seterusnya adalah di tempat sendiri dengan Atalanta, hujung minggu ini, dengan pasukan bimbingan Gian Piero Gasperini itu sedang menghuni tangga ketujuh Serie A.