Pemain Liga Malaysia mula bimbang

Oleh Nafis Abdullah 27 April 2020 371
Pemain Liga Malaysia mula bimbang
Cetusan kebimbangan mula disuarakan pemain Liga Malaysia sekiranya saingan dibatalkan membawa kepada situasi 'frustration contract'.

Bagaimanapun, mereka tetap mengharapkan ada pendekatan terbaik yang akan dibawa oleh setiap majikan agar ia lebih kepada situasi yang membantu semua pihak.

Wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, melaporkan hilang punca pendapatan antara kemungkinan yang bakal dilalui pemain Liga Malaysia sekiranya keadaan gagal membolehkan saingan berjalan seperti biasa.

Jika liga dibatalkan yang secara langsung melibatkan pembatalan kontrak mereka, isu kewangan menjadi perkara utama yang bakal dilalui pemain Liga tempatan.

"Bagi saya, tidak boleh begitu kerana akan susah. Bukan saya seorang tetapi semua pemain sukar menerima perkara itu. Ia perlu adil untuk pemain kerana ia pekerjaan kami. Jika dihentikan, perlu lihat kepada baki kontrak kami," kata pertahanan PJ City, Fitri Omar.

"Kelab berhak untuk berbincang dengan pemain. Jika saingan dihentikan, saya tidak pasti," tambah penyerang Felda United, Nicolas Velez.

"Secara jujur, saya tidak tahu untuk berkata apa. Jika saingan dihentikan, ia mungkin memberi kesan kepada kontrak pemain terutama yang memiliki perjanjian selama setahun. Saya harap sesuatu yang baik dapat dicapai," ujar pemain kebangsaan, Mohamadou Sumareh.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen