Pemain Argentina perlu bantu Messi

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2017 56
Pemain Argentina perlu bantu Messi
Oscar Tabarez tidak percaya kegagalan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia akan mencemarkan karier Lionel Messi, malah menegaskan pemenang Ballon d'Or lima kali itu tidak boleh melakukan segala-galanya untuk Argentina.

Messi dan Argentina merupakan finalis Piala Dunia 2014 tetapi gergasi Amerika Selatan itu semakin hampir untuk terlepas peluang beraksi di Russia.

Seri tanpa jaringan di laman sendiri meletakkan Argentina di tangga keenam aksi kelayakan zon Amerika Selatan dan mereka memerlukan kemenangan ketika berdepan Ecuador bagi menghidupkan peluang dan beraksi dalam perlawanan play-off.

Percubaan Messi sekadar terkena tiang gol dalam pertemuan di Buenos Aires, di mana dia telah melakukan umpanan untuk Dario Benedetto, Emiliano Rigoni dan Marcus Acuna.

Pengendali Uruguay, Tabarez, berkata bintang Barcelona itu memerlukan sokongan jika juara dunia dua kali, Argentina, mahu melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ke-12 berturut-turut.

"Saya tidak melihat ia akan menjejaskan karier Messi," kata Tabarez.

"Terdapat ramai pemain terbaik dunia dalam sejarah yang tidak beraksi dalam Piala Dunia dan mereka tidak terkesan daripadanya.

"Argentina memiliki masalah untuk mara ke Russia, tetapi jika layak, mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarainya.

"Messi seorang pemain bertaraf bintang tetapi dia tidak boleh melakukan segala-galanya. Bola sepak adalah permainan berpasukan," hujahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen