Andre Villas-Boas meredakan kegusaran peminat Marseille yang mentafsirkan kata-katanya di media sosial baru-baru ini sebagai bayangan perpisahan dengan menegaskan dia tidak akan kekal di kelab itu seandainya mereka gagal memenuhi tuntutannya.

Bekas pengurus Porto, Chelsea dan Tottenham itu menduduki kerusi panas di Marseille pada awal musim ini apabila dilantik menggantikan Rudi Garcia -- yang sebelumnya hanya membantu mereka meraih tempat kelima.

Begitupun, Villas-Boas bukanlah mengubah nasib mereka dengan sekelip mata apabila hanya memenangi empat daripada 12 perlawanan pertama musim ini sebelum merakam rentetan 16 perlawanan tanpa kalah.

Ia melonjakkan mereka untuk muncul naib juara Ligue 1 selepas Paris Saint-Germain (PSG) dibatalkan apabila saingan musim 2019-20 ditamatkan serta-merta minggu lalu berikutan ancaman wabak novel koronavirus (Covid-19).

Villas-Boas melalui Instagram baru-baru ini melahirkan penghormatannya kepada pemain, peminat dan hierarki kelab itu kerana mengalu-alukannya kehadirannya yang ditafsirkan oleh beberapa penyokong sebagai ucapan perpisahan.

Vice Champion de France! ⁣⁣ Que dire ? Quels mots choisir ? Par où commencer ?⁣⁣ Quel exploit extraordinaire ! ⁣⁣ Tant de moments de joies, tant d'explosions de sentiments! ⁣⁣ Résumer cette saison entre éclat et moments d'exceptions est trop facile car il en a été ainsi pendant plusieurs matchs consécutifs. Ce qui a marqué et marque souvent les équipes de choix, c'est la capacité de se réinventer face à l'adversité, que ce soit quand elle touche le fond où quand les rêves nous échappent à la porte. Nous étions un groupe! Nous étions une équipe. Nous savions être cohérents et avoir le bon mot et la bonne réaction les uns envers les autres. ⁣⁣ Cet état d'esprit c’est senti au quotidien d’une communion avec chacun. Le problème de l'autre est mon problème. C'était comme ça à chaque étape de ce voyage.⁣⁣ ⁣⁣ Je vous remercie tous sans exception. À mes joueurs brillants et inégalés qui, avec beaucoup d'efforts et d'altruisme, ont tout donné à chaque match. ⁣⁣ À Frank McCourt et Jacques Henri-Eyraud.⁣⁣ À Andoni Zubizarreta et Albert Valentin qui m'ont amené dans cette merveilleuse ville de Marseille et m'ont permis de connaître la force du Vélodrome et la passion unique de ses habitants. ⁣⁣ À mon staff, amis de voyage, mes rois de compétences. ⁣⁣ Au staff médical, décisif et tolérant qui a obtenu des résultats unique cette saison. ⁣⁣ Au personnel administratif et logistique attentif à chaque détail. À Rani qui est à chaque fois partout pour résoudre des problèmes. ⁣⁣ A Elodie qui a un portugais fou à ses côtés.⁣⁣ À tous ceux qui ont participé à ce merveilleux voyage, merci. ⁣⁣ Dans cette sensation et ce désir d'éclater de joie, nous sommes appelés à la raison qui nous alerte du triste moment que nous vivons. Nous échangerions toutes les victoires et tous les trophées pour chacune des vies perdues. Aux fans qui sont actuellement envahis par ces mêmes sensations, qui veulent crier de joie mais où la larme persiste à retenir la passion, merci ! Merci du cœur ! Votre force et votre sens de l'exigence nous ont obligés à répondre. Cette victoire est aussi la vôtre.⁣⁣ ⁣⁣ Je voudrais terminer en dédiant cette deuxième place à l'ancien président marseillais Pape Diouf.

A post shared by André Villas-Boas (@officialandrevillasboas) on



Namun, pengurus Portugis tersebut menegaskan itu bukanlah niatnya, sebaliknya menekankan bahawa dia tidak akan kekal di Marseille jika tidak menyukai projek yang ditawarkan.

"Dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa pengurus yang bagus, kejayaan meraih tempat kedua ini bukan bermaksud saya akan menjadi pengurus terbaik di dunia atau juga yang terburuk," katanya kepada RMC Sport.

"Saya akan kekal menjadi diri sendiri. Saya pernah memaklumkan dalam sidang media bahawa anda akan menemui saya (dalam beberapa bulan ini) lebih dekat dengan padang pasir Dakar (berlumba dalam Rali Dakar) berbanding menuju ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) atau di tempat lain. Saya mempunyai cita-cita yang tidak terhad daripada segi geografi -- saya masih mahu ke Jepun, saya ingin mendalami budaya Jepun dan bola sepaknya.

"Saya ingin mengatakannya dengan ikhlas bahawa saya berasa senang di Marseille, saya tidak mahu mencari kelab lain atau membuat pilihan lain. Saya mahu ke Liga Juara-Juara (UCL) bersama Marseille tetapi saya ingin tahu sejauh manakah kami boleh bergantung kepada aspek ekonomi mengenai projek yang diusahakan.

"Ini bermakna, jika kami tidak mempunyai pelantar yang baik untuk ke arah itu, maka saya berasakan ia tidak berbaloi. Adalah normal bagi seorang pengurus untuk mendapatkan jaminan seperti itu. Saya berasakanJacques-Henri (Eyraud, presiden Marseille) tentu sahaja mempunyai jawapannya termasuk Andoni (Zubizarreta, pengarah sukan kelab) dan Frank (McCourt, pemilik kelab).

"Kalau begitu, jika ada perselisihan pendapat di antara kami, Jacques-Henri dan saya akan bersikap jujur ​​untuk mengatakannya.

"Di pihak saya, saya bersikap terbuka tetapi saya dan Andoni perlu memiliki peluang berkualiti dalam jendela perpindahan. Ia tidak akan menjadikan kami sebagai yang terbaik tetapi ia akan membolehkan kami bersaing. Kami bukanlah begitu naif untuk melupakan keadaan ekonomi kelab.

"(Saya hanya ingin) memahami hala tuju kami, mengetahui berapa banyak yang kami ada untuk pelaburan. Sekiranya kelab menginginkan saya atau tidak, ia bukan satu masalah."