PBSDKK lancar laman sesawang

Oleh Azizan Hashim 29 Disember 2019 136
PBSDKK lancar laman sesawang
Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar (PBSDKK) mencatat sejarah apabila mengorak langkah ke era digital dengan melancarkan laman sesewangnya hari ini. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan PBSDKK adalah persatuan bola depak daerah pertama di Perak mempunyai laman sesawang sendiri. 

Presiden PBSDKK, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, berkata penggunaan laman sesewang akan mempercepatkan penyampaian maklumat kepada ahli gabungan. 

"Semua maklumat mengenai persatuan, ahli gabungan, kejohanan, pemain akan berada di hujung jari. 
Kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat maklumat, " katanya selepas majlis pelancaran laman sesewang itu oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Sudir Satimin, di bandar diraja itu. 

Sebelum itu, PAFA mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-32nya.




Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen