Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, ketika ditemui dalam Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Ke-54 hari ini menuntut kesabaran daripada semua pihak agar memberi ruang kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Keadaan itu diminta selepas PBNP masih belum membuat keputusan sama ada ingin mengemukakan rayuan atau tidak kepada FAM bagi membenarkan pasukannya beraksi dalam pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.

Dalam masa sama, PBNP memahami keinginan pasukan untuk beraksi, namun perbincangan dan penelitian daripada pelbagai aspek masih berjalan sebelum diputuskan dalam masa terdekat.

"Saya tidak boleh katakan sama ada rayuan akan dilakukan atau tidak. Kami akan mempertimbangkan cadangan yang akan diutarakan.

"Sekiranya ada persetujuan, kami akan melakukan rayuan tersebut," katanya.