Pavard nafi sudah tandatangani kontrak bersama Bayern

Oleh Penulis Jemputan 25 Disember 2018 385
Pavard nafi sudah tandatangani kontrak bersama Bayern
Pertahanan Stuttgart, Benjamin Pavard, menafikan cadangan bahawa dia telah bersetuju untuk menyertai Bayern Munich pada penghujung musim ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikaitkan dengan juara Bundesliga itu dan terdapat laporan yang menyatakan persetujuan di antara kedua-dua pihak sudah tercapai.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu menegaskan masa depannya masih belum dimuktamadkan.

"Saya masih belum menandatangani sebarang kontrak bersama Bayern," kata Pavard.

"Minat yang disuarakan oleh kelab tersebut membuatkan saya gembira tetapi tumpuan saya adalah bersama Stuttgart. Saya belum memikirkan mengenai musim panas akan datang."

Pavard merupakan salah seorang bintang Perancis yang menyinar dalam Piala Dunia selepas mengatasi Croatia 4-2 dalam aksi final di Moscow.

Luka Modric mengatasi pemain-pemain seperti Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe untuk memenangi Ballon d'Or dan Pavard berasakan ia keputusan yang tidak adil.

"Saya lebih gemar pemain Perancis memenanginya tahun ini. Pemain-pemain seperti Raphael Varane, satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia dan Liga Juara-Juara pada tahun yang sama, atau Antoine Griezmann yang memiliki tahun yang cemerlang. Mereka berhak bergelar pemenang," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen