Pato impi kembali sertai Milan

Oleh Ammar Hakim 15 Januari 2021 350
Pato impi kembali sertai Milan
Impian Alexandre Pato kembali ke Milan dan mencadangkan dia dan Zlatan Ibrahimovic mampu sekali lagi menjadi gandingan mantap di Rossoneri.

Penyerang kelahiran Brazil, Pato tiba di San Siro sebagai pemain muda berbakat dari Internacional pada Ogos 2007 dan menyinar bersama Milan.

Tidak dapat membuat penampilan debut sehingga Januari, Pato meledak sembilan gol dalam 18 penampilan saingan Serie A dan diikuti dengan 15, 12 dan 14 gol dalam tiga musim berikutnya.

Pada musim 2010-11, Pato membantu Milan meraih gelaran Serie A, kali terakhir Rossoneri dinobat sebagai juara Itali, bergandingan bersama Ibrahimovic.

Karier Pato di Milan terbantut ekoran kecederaan berulang, kembali ke Brazil bersama Corinthians pada Januari 2013, sementara pernah beraksi bersama Sao Paulo, Chelsea, Villarreal dan Tianjin Tianhai.

Selepas kariernya berakhir di China, Pato kemali ke Sao Paulo tetapi menamatkan kontraknya pada Ogos lalu dan kini tanpa sebarang kelab.

Kini berusia 31 tahun, Pato yakin dia masih mampu beraksi di Itali dan mahu sekali lagi menyertai Milan, di mana Ibrahimovic menyinar ketika berusia 39 tahun.

"Sudah pasti, mengapa saya tidak mengambil peluang itu?," kata Pato apabila ditanya jika mahu ditawarkan menyertai Milan.



"Kita bercakap mengenai 150 perlawanan, 63 gol, dan satu Scudetto dan Piala Super. Ia adalah impian bagi saya untuk kembali ek Milan.

"Saya mendengar bahawa di Itali mungkin ada kelab yang berminat dengan saya. Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa pada 31 saya tidak mencari kontrak akaun bank, tetapi untuk projek yang saya suka. Sekiranya itu kerana wang, saya akan tinggal di China.

"Tahap fizikal saya berada di tahap terbaik, saya memiliki beberapa tahun untuk kekal di tahap terbaik.

"Saya dapat melihat masa depan saya di Eropah. Dalam saingan Serie A saya berasakan masih mampu untuk bermain dengan cemerlang."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen