Neymar, yang baru mengesahkan perpindahan ke Paris-Saint Germain (PSG), disahkan akan menggunakan jersi nombor 10.

Neymar melengkapkan pembelian rekod dunia bernilai GBP198 juta (RM1.1 bilion) selepas PSG bersetuju untuk menebus nilai klausa perpindahannya.

Jersi nombor 10 yang digunakan Javier Pastore sebelum ini akan digunakan oleh bintang Brazil itu selepas pemain Argentina itu mahu menjadikan pemberian itu sebagai hadiah.

“Ia diibaratkan ucapan 'Selamat datang ke Paris',” kata Pastore.

“Saya mahu menawarkannya sebuah hadiah yang simbolik, membuatkannya berasa seperti berada di kampung halaman.

“Neymar memerlukan sokongan dan saya mahu memberikan apa yang diperlukannya,” tambah Pastore.

Pastore akan kembali menggunakan nombor 27, jersi yang digunakannya sejak tiba di PSG pada tahun 2011.