Parma sah tersingkir ke Serie B selepas tewas 0-1 kepada Torino awal pagi tadi.

Pasukan Gialloblu itu berada di tangga ke-19 Serie A dengan mengumpulkan 20 mata dan tidak lagi dapat mengejar pasukan di tangga ke-17, Cagliari, yang berkelebihan 12 mata.

Walaupun Parma masih memiliki empat perlawanan untuk dilalui, Cagliari mempunyai rekod pertemuan lebih baik jasa kemenangan dramatik 4-3 bulan lalu.

Walaupun Cagliari masih perlu berdepan Benevento -- ketika ini di tangga ke-18 -- Parma perlu menang di Torino untuk menghidupkan peluang mereka keluar daripada kelompok tiga tercorot.

Bagaimanapun, gol Mergim Vojvoda pada minit ke-63 sudah cukup untuk menjadi pemisah dalam perlawanan itu dengan pelawat melakukan 10 percubaan tetapi hanya satu daripadanya merupakan percubaan tepat.

Ia merupakan kali pertama Parma tersingkir sejak kelab itu dilahirkan semula daripada muflis pada 2015.

Mereka naik liga pada 2016, 2017 dan 2018 dan memperbaiki kedudukan dalam Serie A sepanjang dua tahun pertama sebelum jatuh merudum musim ini.

Crotone, dua mata di belakang Parma, telah sah tersingkir lebih awal untuk meninggalkan hanya satu lagi slot relegasi musim ini.