Dani Parejo menolak laporan mengatakan dirinya telah menukar ejen ketika jendela perpindahan dalam usaha untuk menyelesaikan perpindahannya ke Barcelona.

Kapten Valencia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou selepas kehadiran pengendali, Ernesto Valverde, terutama selepas Barca melepaskan Neymar ke Paris-Saint Germain (PSG).

Laporan daripada El Confidencial mengatakan pemain berusia 28 tahun itu menukar wakilnya untuk memastikan perpindahannya ke pendahulu liga itu tercapai.

"Tidak, ia tidak begitu. Saya telah bersama Bahia (ejen) di sepanjang karier dan perlu berterima kasih di atas hasil kerja hebat yang dilakukannya selama ini.

"Bagaimanapun, saya rasa mungkin perlu untuk melakukan perubahan kerana sesetengah perkara mungkin boleh dilakukan dengan lebih baik.

"Itu tidak bermaksud saya ingin ke Barca. Jika Barca mahukan seorang pemain, mereka akan datang dan membayar klausa perpindahan dan ia dimuktamadkan sekiranya pemain tersebut mahu berpindah," katanya.

"Saya telah bersama Valencia sejak sekian lama dan terhutang budi dengan kelab dan juga bandar ini. Saya tidak boleh mengabaikan pasukan yang telah memberikan saya hampir segala-galanya dalam dunia bola sepak saya.

"Jika saya perlu keluar, saya berharap ia masih jauh lagi," katanya.