Leandro Paredes dijangka terlepas kunjungan Roma ke Atalanta pada 24 November ini selepas dia mengalami kecederaan ligamen buku lali dalam kemenangan ke atas Bologna pada Ahad lalu.

Paredes mengalami kecederaan tersebut selepas masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 3-0 di Stadio Olimpico tetapi dapat beraksi sehingga tamat perlawanan.

Bagaimanapun, ujian yang dijalankan mendapati pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian ligamen buku lali dan Roma menjangkakan dia tidak akan beraksi untuk sekurang-kurangnya dua minggu.

Ini bermakna pemain tengah itu akan terlepas pertembungan dengan Bologna dan dia mungkin tidak akan bersama Roma bagi aksi Liga Europa menentang Viktoria Plzen.

"Leandro Paredes telah menjalani ujian semalam dan didapati dia mengalami sedikit koyakan pada ligamen di buku lali kanannya," menurut satu kenyataan.

"Pemain tengah itu telah dikasari oleh pihak lawan dalam aksi Serie A ketika mencatatkan kemenangan ke atas Bologna pada Ahad lalu.

"Tempoh pemulihannya dianggarkan sekitar dua minggu."