Penjaga gol Inter Milan, Daniele Padelli, menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya bersama kelab Serie A itu sehingga penghujung musim 2020-21.

Kontrak pemain berusia 34 tahun itu pada awalnya tamat pada hujung musim lalu tetapi dia kini bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatannya sehingga Jun 2021.

Padelli melakukan lapan penampilan sepanjang tiga tahun di San Siro selepas menyertai pasukan itu daripada Torino, salah satunya ketika menentang AC Milan selepas Samir Handanovic retak tulang jari Februari lalu.

Inter mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pendek yang dikeluarkan semalam.

Dia dijangka akan memainkan peranan sebagai penjaga gol ketiga di bekalang Filip Stankovic dan Handanovic.

Skuad kendalian Antonio Conte itu, yang menamatkan musim lalu selaku naib juara Serie A dan mara ke final Liga Europa, akan meneruskan program pramusim mereka dengan menentang Lugano malam ini.