Ong Kim Swee ganti Peter de Roo?

Oleh Muzaffar Musa 3 Disember 2020 7676
Ong Kim Swee ganti Peter de Roo?
Menjelang tarikh akhir penamatan kontrak Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter de Roo, hujung bulan ini, bekas ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, kini sedang hangat diperkatakan sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, enggan memberikan sebarang pengesahan tetapi tidak menolak khidmat Kim Swee, yang kini bertindak sebagai penolong De Roo, akan terus berada dalam program pembangunan badan induk itu.

"Ia satu spekulasi yang akan saya umumkan bulan ini tetapi perbincangan terakhir untuk penggantian itu akan dilaksanakan secepat mungkin -- dalam seminggu dua ini," kata Stuart kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

Spekulasi berkenaan Kim Swee akan menggantikan tempat Dee Roo diperkuatkan lagi apabila bekas pengendali skuad negara itu turut kelihatan berada dalam mesyuarat khas badan induk itu di Wisma FAM semalam.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen