Andre Onana mengesahkan bahawa dia mahu meninggalkan Ajax dengan berkata dirinya bersedia untuk mengambil satu langkah ke depan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Onana, 24, membintangi empat musim terakhirnya bersama gergasi Eredivisie itu sejak menyertainya daripada Barca pada 2015.

Penjaga gol kebangsaan Cameroon itu menarik minat pasukan-pasukan besar Eropah dengan Barcelona, Chelsea dan Tottenham antara yang dikaitkan.

Dia yang masih mempunyai kontrak bersama Ajax sehingga 2022 berkata bahawa sudah sampai masanya untuk dia berpindah.

"Jangan salah faham, saya amat gembira di Ajax dan saya amat berterima kasih kepada kelab ini," katanya kepada AD.

"Ia lima tahun yang hebat di sini tetapi sekarang sudah masanya untuk saya mengambil langkah.

"Kami mengadakan pertemuan itu tahun lalu.

"Saya masih tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi cita-cita saya dan kesepakatan itu sudah jelas," katanya.





"Andre Onana","Ajax","Barcelona","