Dani Olmo sudah bersedia untuk berpindah daripada Dinamo Zagreb dengan berkata "kitarannya di sana sudah berakhir."

Pemain kebangsaan Sepanyol meningkat naik itu telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas lalu tetapi mengambil keputusan untuk kekal bersama gergasi Croatia itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu telah bersedia untuk berpindah dengan laporan menyatakan Atletico Madrid berminat mendapatkan khidmatnya Januari ini.

"Musim panas lalu merupakan waktu yang ideal untuk saya melangkah ke fasa baru," kata Olmo kepada Jugones.

"Tetapi ia tidak berlaku dan saya gembira kerana mahu bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL).

"Tetapi saya berasakan kitaran saya di sini sudah berakhir dan mahu meningaktkan lagi tahap permainan saya."

Olmo membuat penampilan sulung bersama La Roja bulan lalu dengan menjaringkan gol ketika mengatasi Malta 7-0 dalam saingan kelayakan Euro 2020.