GEORGIA 1 SEPANYOL 2

Dani Olmo menyelamatkan maruah Sepanyol dengan jaringan pada minit ke-92 untuk memastikan pasukannya menang 2-1 ke atas Georgia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Tbilisi.


Sepanyol terikat 1-1 dengan Greece dalam aksi pembukaan Kumpulan B Khamis lalu dan berdepan satu lagi keputusan mengejutkan di Boris Paichadze Dinamo Arena.

Khvicha Kvaratskhelia membenarkan Georgia mendahului sebelum tamat separuh masa pertama, tetapi Ferran Torres menyamakan kedudukan 11 minit selepas perlawanan bersambung dan pemain gantian, Olmo meledak gol daripada percubaan jarak jauh dalam masa tambahan.

Georgia menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Levan Shengelia diarah keluar padang dengan terjahan ke atas Pedri ketika Sepanyol terlepas keputusan memalukan.