O'Neill: Ketiadaan Coleman dirasai Ireland

Oleh Penulis Jemputan 7 Oktober 2017 25
O'Neill: Ketiadaan Coleman dirasai Ireland
Martin O'Neill percaya ketiadaan khidmat Seamus Coleman untuk Republik Ireland sama seperti Wales yang beraksi tanpa Gareth Bale.

Wales meraih kemenangan 1-0 ke atas Georgia tanpa kelibat Bale yang mengalami kecederaan betis dan memaksa penyerang Real Madrid itu terlepas aksi terakhir Kumpulan D bertemu Ireland, yang menewaskan Moldova 2-0 di Cardiff, Isnin lalu.

O'Neill berasakan ketiadaan bek kanan Coleman, yang patah kaki ketika kedua-dua pasukan bertemu pada Mac lalu, memiliki peranan besar untuk pasukannya.

"Saya berasakan Wales akan terlepas khidmat seorang pemain berkualiti. Kami juga memiliki pemain bertaraf dunia seperti Seamus Coleman," katanya.

"Ketiadaannya terasa seperti Wales beraksi tanpa Bale," hujahnya. 

Daryl Murphy menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan untuk memastikan kemenangan Ireland ke atas Moldova di Dublin.

Dengan Wales hanya memerlukan satu mata di laman sendiri, Ireland perlu meraih kemenangan bagi memastikan mereka beraksi dalam Piala Dunia, tahun depan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen