Pengurus Ireland Utara, Michael O'Neill, menyambut baik cabaran play-off Piala Dunia selepas pasukan itu tewas 1-0 kepada Norway, awal pagi tadi.

Skuad kendalian O'Neill mengakhiri saingan Kumpulan C dengan dua kekalahan berturut-turut -- Jerman meraih kemenangan 3-1 di Belfast pada Khamis lalu.

Keputusan itu tidak mengganggu O'Neill, yang sebaliknya berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh Ireland Utara.

"Kami tidak boleh tamak," katanya.

"Kami berdepan pasukan yang berkualiti dan berpotensi untuk mara ke Piala Dunia. Kami hanya perlu berdepan mana-mana pasukan selepas diundi.

"Anda hanya perlu berusaha menampilkan aksi cemerlang kerana mana-mana pasukan berpeluang untuk ke Russia," katanya.