Pemain lincah T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan, disahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018.

Penolong jurulatih T-Team, Mohd Azhari Salim, mengakui Nor Hakim akan bersama pasukan baharu walaupun pihak pengurusan T-Team bersedia mengekalkan pemain itu.

Menurut Azhari, keputusan pemain berusia 26 tahun itu untuk berhijrah diterima dengan hati terbuka tatkala pasukan Liga Perdana difahamkan menjadi destinasi terbaharu Nor Hakim.

“Kami akur dengan keputusannya (Nor Hakim) kerana kontrak bersama T-Team juga sudah tamat dan dia berhak memilih pasukan baharu.

“T-Team mahu menawarkan lanjutan kontrak tetapi gagal menemui kata sepakat,” katanya.