Neymar perlu lebih profesional -- Zico

Oleh Ammar Hakim 6 April 2020 199
Neymar perlu lebih profesional -- Zico
Neymar perlu menyamai profesionalisme yang sama seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, menurut legenda Brazil, Zico.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, telah menjaringkan 69 gol dalam 80 penampilan dalam semua kejohanan sejak berhijrah ke Parc des Princes dari Barcelona pada 2017.

Pemain berusia 28 tahun itu telah memenangi setiap gelaran domestik di Perancis namun kecederaan dan kini pandemik koronavirus menghalang peluangnya untuk memimpin PSG menjulang Liga Juara-Juara (UCL).

Neymar kuat dikaitkan akan kembali ke Barca untuk kembali bersatu dengan Messi dan Luis Suarez.

Zico tidak meragui bakat yang dimiliki Neymar tetapi berasakan dia tidak mampu mencapai tahap yang samas seperti Messi dan bintang Juventus, Ronaldo jika tidak mengubah sikapnya.

"Saya sangat menggemari Neymar, cara dia bermain sangat menarik. Tetapi dia perlu lebih profesional seperti Ronaldo dan Messi, yang hidup demi bola sepak," kata Zico kepada La Gazzetta dello Sport.

"Terlalu banyak perkara di fikiran yang mengganggunya. Saya telah bercakap dengannya baru-baru ini dan memintanya untuk lebih profesional.

"Dia kini berusia 28 tahun dan bersama pasukan yang berkualiti di PSG. Mereka mampu memenangi UCL.

"Ia bergantung kepada kualitinya sepanjang kejohanan, bukan hanya satu perlawanan. Dia perlu menggunakan pengalaman serta kematangannya."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

⚽️🐶🐶🐶

A post shared by ene10ta Érre 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen