Neymar tiada keraguan bahawa rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi, akan melanjutkan kontraknya bersama kelab gergasi LaLiga itu.

Messi berbaki kontrak sehingga 2018 tetapi spekulasi terhadap masa depannya semakin hebat dengan rundingan berkaitan kontrak baru kelihatan amat perlahan.

Bercakap selepas Barca menyempurnakan kebangkitan menakjubkan dalam Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berkata Messi akan terus kekal di Nou Camp.

"Leo akan memperbaharui (kontrak)," pemain antarabangsa Brazil itu memberitahu beIN Sports.

"Itu adalah pasti."

Neymar adalah wira buat Barca sambil mereka meraih kemenangan 6-1 ke atas PSG untuk agregat 6-5 dalam pusingan 16 itu.

Dia membuat jaringan berganda yang lewat dan melorongkan untuk Sergi Roberto menyumbat gol kemenangan pada minit ke-95 di samping memenangi satu sepakan penalti yang disempurnakan oleh Messi dalam separuh masa pertama.