Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, berkata prestasi Neymar masih kekal di kemuncak walaupun pemain Brazil itu gagal meledak banyak gol musim ini.

Neymar sekadar mencetak enam gol dalam 18 perlawanan bersama Barca buat musim 2016-17, namun dia menjadi perancang utama pasukan dengan melakukan 18 bantuan jaringan.

Kapten Brazil itu mengakhiri dua musim bersama Barca dengan menjaringkan lebih daripada 30 gol.

Enrique gagal memberikan jaminan mengenai masa depannya bersama Barcelona pada penghujung musim in, tetapi melihat Neymar sebagai prospek jangka masa panjang buat The Catalans.

"Lihat pada bilangan bantuan jaringan yang telah dilakukan oleh Neymar, dia telah banyak mencipta peluang pasukan untuk menjaringkan gol musim ini," kata Enrique.

"Neymar adalah pemain yang penting buat kami, dia banyak membantu pasukan ketika bertahan dan saya sangat gembira dengan prestasinya.

"Dia seorang pemain yang bercita-cita tinggi dan mahu mempertingkatkan mutu permainannya tetapi prestasinya masih belum berada di tahap yang terbaik berbanding musim lepas."