Neymar berikrar untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG) untuk musim yang akan datang dan cuba memenangi Liga Juara-Juara (UCL) bersama pasukan gergasi Ligue 1 itu.

Penyerang Brazil berusia 28 tahun itu membantu PSG mara ke perlawanan akhir edisi 2019-20 di Lisbon, di mana mereka dikecewakan Bayern Munich menerusi jaringan tunggal tandukan Kingsley Coman dalam babak kedua.

Neymar menegaskan kekalahan tipis seperti itu meningkatkan lagi tekad skuad kendalian Thomas Tuchel tersebut untuk meraih gelaran terulung di Eropah itu.

Dalam temu ramah dengan majalah kelab rasmi PSG, dia berjanji untuk menjadi sebahagian daripada usaha itu.

"Saya akan kekal di PSG pada musim depan," katanya.

"Dan dengan cita-cita untuk kembali ke final UCL, kali ini untuk memenanginya.

"Saya sukakan idea ini dengan hasrat mencurah segalanya keringat bagi memahat nama saya sebagai sebahagian dalam sejarah kelab ini. Sekiranya ada pihak meragui PSG sebagai sebuah kelab Eropah yang digeruni, maka keraguan itu telah mati di Lisbon.

"Kami meninggalkan bandar ini dengan perasaan baru dan keyakinan terhadap kemampuan kami untuk memenanginya suatu hari nanti bagi melakar satu sejarah yang lebih hebat lagi."

Parabéns a cada jogador e staff.. Não terminamos como queríamos e desejávamos mas foi incrível viver o que vivemos. Agora é recarregar as energias, voltar mais fortes e com a mesma vontade de vencer. Foi FODA demais ❤️?? ALLEZ PARIS

A post shared by ene10ta Érre ?? ? neymarjr (@neymarjr) on



Neymar menambah: "Sejak kembali dari Lisbon, dalam pesawat dalam perjalanan pulang, kami sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu lagi di Paris. Saya tidak akan lupa apa yang kami kongsikan bersama-sama dalam skuad ini. Ia telah membentuk sebuah keluarga dan saya bangga. "

Neymar mengikat kontrak bersama PSG sehingga Jun 2022.

Sementara itu, menjelang sepak mula domestik bertemu Lens pada 11 September ini, dua pemain PSG didapati positif COVID-19.