Neymar kembali bersama skuad Brazil untuk aksi pertama kelayakan Piala Dunia tetapi tidak buat penjaga gol, Alisson, yang telah diketepikan seminggu oleh Liverpool akibat kecederaan pinggul.

Semalam, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan Alisson bakal terlepas aksi menentang Bournemouth dan Atletico Madrid susulan kecederaan pinggul yang dialami ketika sesi latihan.

Klopp berkata situasi itu dapat diselesaikan minggu depan tetapi Brazil mengetepikannya untuk berdepan Bolivia dan Peru pada 28 Mac dan 1 April depan.

Ketua jurulatih Brazil, Tite, memaklumkan dalam sidang media bahawa Alisson diketepikan akibat kecederaan dialami.

Neymar kembali selepas terlepas perlawanan sebelum ini pada November lalu susulan isu kecergasan tetapi Tite tampak kecewa apabila ditanya mengenai penggempur itu.

"Diharapkan, semua atlet bertaraf tinggi berada di tahap terbaik dan saya perlu menjawab 300 soalan tentang seorang pemain, bukan yang lain," katanya.

"Saya mahukan masalah membuat keputusan sepanjang masa, di mana semua di prestasi terbaik termasuk Neymar."

Antara nama yang mencuri tumpuan dalam senarai adalah Bruno Guimaraes, Felipe and Everton Ribeiro.

Pemain tengah Lyon, Bruno, bakal meraih penampilan pertama, Felipe akan mengharungi aksi kedua dan pemain Flamengo, Everton, tidak membarisi skuad Selecao sejak 2015.

"Mengenai Everton, dia kembali kerana mengharungi prestasi terbaik dalam perkembangan kreatif," tambah pengendali itu.

"Bruno melalui kejuaraan yang hebat tahun lalu bersama Athletico Paranaense dan kami mengikutinya dalam skuad B-23 serta Lyon.

"Begitu juga dengan Felipe. Kami mengikuti perkembangannya bersama Atletico Madrid ketika menentang Liverpool dan Valencia."

Senarai penuh skuad Brazil:

Weverton (Palmeiras), Ederson (Manchester City), Ivan (Ponte Preta); Dani Alves (Sao Paulo), Danilo (Juventus), Renan Lodi (Atletico Madrid), Alex Sandro (Juventus), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Felipe (Atletico Madrid), Eder Militao (Real Madrid), Thiago Silva (Paris Saint-Germain); Arthur (Barcelona), Casemiro (Real Madrid), Bruno Guimaraes (Lyon), Philippe Coutinho (Bayern Munich), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool); Neymar (Paris Saint-Germain), Gabriel Jesus (Manchester City), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Barbosa (Flamengo), Everton (Gremio), Richarlison (Everton), Bruno Henrique (Flamengo)