Neymar gembira berada sebaris Ronaldo, Messi

Oleh Penulis Jemputan 24 Oktober 2017 7646
Neymar gembira berada sebaris Ronaldo, Messi
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, gembira berada di samping Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam senarai tiga calon akhir untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ronaldo meraih anugerah itu di hadapan Messi untuk tahun kedua berturut-turut, dengan Neymar mendapat tempat ketiga -- kedudukan yang diraih pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann, pada tahun lalu.

Neymar, 25, gembira dapat berada dalam kelompok bersama-sama penyerang Real Madrid, Ronaldo, dan bintang Barcelona, ​​Messi, yang dilabel secara meluas sebagai dua pemain yang akan menjadi legenda hebat sepanjang zaman.

"Tahniah kepada Cristiano (Ronaldo), dia layak dan dia mempunyai merit untuk memenanginya," kata pemain antarabangsa Brazil itu.

"Dia menempa sejarah dan harus dihormati. Dia dan Messi adalah dua ikon dalam bola sepak dunia.

"Saya gembira berada dalam kumpulan yang sama dengan mereka, berjuang untuk trofi," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen