Neymar, Di Maria terlepas aksi Angers

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2017 1017
Neymar, Di Maria terlepas aksi Angers
Neymar dan Angel Di Maria terpaksa diketepikan menjelang pertemuan di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Angers, malam ini.

Perkara itu disahkan oleh pengendali pasukan, Unai Emery, selepas Neymar mengalami kecederaan ketika membantu skuad gergasi Perancis itu menundukkan Anderlehct 5-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Rabu lalu, dan dilaporkan tidak cukup selesa untuk beraksi dalam perlawanan di tempat lawan.

Pemain termahal dunia itu terpaksa kekal di Paris sementara tiga lagi pemain, Di Maria, Marquinhos dan Thiago Motta, turut menyertai senarai pemain yang tidak akan beraksi. Di Maria dan Marquinhos diketepikan kerana menunggu kelahiran bayi dan Motta mengalami kecederaan lutut.

PSG kini selesa menghuni tangga teratas Ligue 1 dengan kelebihan empat mata manakala Angers hanya meraih dua kemenangan selepas mengharungi 11 perlawanan musim ini.

Situasi itu membuatkan Emery menjangka pertemuan di Stade Raymond Kopa akan sengit berdasarkan aksi sebelum ini.

"Kami masih ingat pertemuan yang sukar pada tahun lalu.

"Walaupun jika Angers tidak berjaya mencatat kemenangan, ia tetap akan memberi masalah kepada kami.

"Saya harus akui keputusan kami kebelakangan ini tidak begitu memberangsangkan tetapi kami akan memperbaikinya menentang Angers," kata Emery.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen