Neymar dan Edinson Cavani sudah bersedia untuk memberikan asakan kepada Monaco esok tetapi Unai Emery menegaskan beliau akan membuat keputusan mengenai pemain mana yang berhak mengambil sepakan penalti.

Bersama-sama dengan bintang muda, Kylian Mbappe, yang bakal membuat penampilan pertama bertemu Monaco sejak menyertai PSG, Neymar dan Cavani menghasilkan gandingan mantap buat skuad kendalian Emery selepas mencipta persembahan cemerlang beraksi di laman sendiri mahupun tempat lawan musim ini.

Tetapi hubungan di antara mereka sedang diperhatikan mengenai siapa yang berhak untuk mengambil sepakan penalti selepas pertelingkahan di antara Neymar dan Cavani pada September lalu.

Sewaktu mencipta kemenangan 2-0 ke atas Lyon ketika itu, Cavani yang mengambil sepakan penalti dalam perlawanan tersebut sebelum gagal menyempurnakannya.

Neymar dan Cavani dilihat semakin serasi selepas mempamerkan aksi cemerlang membenam Celtic 7-1 dalam aksi Liga Juara-Juara dan Emery menyifatkan kedua-dua pemain saling meningkatkan mutu permainan pasukan.

"Mereka adalah individu yang berbeza tetapi memiliki sasaran yang sama -- menjadi pemain terbaik di atas padang," kata Emery.

"Walaupun Neymar dan Cavani memiliki personaliti yang bebeza, ia membantu mereka untuk menjadi lebih berbisa."

Cavani menyertai Neymar dengan meledak dua gol ke atas Celtic, menjadikan PSG meledak 21 gol dalam 18 perlawanan musim ini.