Neymar buat kejutan lawat sesi latihan Barcelona

Oleh Penulis Jemputan 30 Oktober 2017 520
Neymar buat kejutan lawat sesi latihan Barcelona
Neymar membuat lawatan mengejut ke sesi latihan rakan sepasukan lamanya di Barcelona, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Brazil itu muncul dalam sesi di Ciutat Esportiva ketika bekas kelabnya itu memulakan persiapan untuk lawatan ke Olympiacos dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Barca juga menyiarkan gambar pemain berusia 25 tahun itu dalam akaun Twitter rasmi mereka, dengan kapsyen ringkas: "Neymar melawat rakan sepasukannya."

Neymar, yang sedang terperangkap dalam pertikaian undang-undang berhubung pelanggaran kontrak bersama Barca dan keengganan kelab untuk membayar ganjaran kesetiaan, dilihat berbual dengan pemain utama Barca, termasuk Luis Suarez dan Lionel Messi.

Bekas pemain Santos itu dilayangkan kad ketika Paris Saint-Germain (PSG) melakar kemengan 3-0  ke atas Nice dalam Ligue 1, Sabtu lalu, tetapi dijangka kembali untuk aksi pertengahan minggu menentang Anderlecht.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen