Pertahanan Peru, Carlos Zambrano, melancarkan kritikan terhadap tingkah laku Neymar dengan melabelkan bintang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG) itu sebagai "badut".

Neymar melakar hatrik ketika Brazil bangkit dua kali untuk mengalahkan Peru 4-2 dalam kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan (CONMEBOL), kelmarin.

Neymar memenangi sepakan penalti dan menyudahkan kedua-duanya untuk melangkaui Ronaldo menduduki tangga kedua senarai penjaring terbanyak Brazil.

Zambrano dibuang padang pada penghujung perlawanan selepas rakan sepasukan merangkap pemain gantian, Carlos Caceda, menempah nasib yang sama, tiga minit sebelumnya dalam pertemuan di Lima itu

Biarpun mengakui kualiti dan status Neymar dalam bola sepak, Zambrano -- yang mewakili Boca Juniors -- menempelak bekas penyerang Barcelona itu.

❤️❤️❤️ #Repost @ronaldo with @make_repost ・・・ Todo o meu respeito por ti @neymarjr ! Joga muito, dá assistência, toca, dribla e goleia. O céu é o limite. Voa, moleque! Que história linda você está escrevendo. Um jogador completo e cada vez mais maduro. Craque! Sei o quanto a amarelinha é pesada e lidar com a pressão fora de campo, às vezes, é mais desafiador do que a própria bola no pé. Agora me diga você: da onde viemos, onde chegamos... quem vai nos dizer o que é impossível? Siga confiando nos seus instintos porque o talento é seu e ninguém pode tirar de você. Tem muito recorde pra superar e as suas marcas pra deixar. Orgulho de ver um brasileiro no topo!

A post shared by ene10ta Érre ?? ? neymarjr (@neymarjr) on



"Secara jujur, dia adalah pemain yang hebat, salah seorang terbaik di dunia tetapi bagi saya dia adalah badut sejati," kata Zambrano kepada program Televisyen Amerika 'La banda del Chino'.

"Neymar sedar segala yang dilakukannya di atas padang, dia adalah pemain yang hebat tetapi mudah terjatuh apabila diberi sedikit cabaran.

"Di dalam kotak penalti, dia merebahkan badannya sebanyak empat atau lima kali untuk melihat apakah pengadil akan memberikannya sepakan penalti dan pada akhirnya, dia mencapai hasrat golnya dengan dua penalti."

Zambrano menambah: "Mentang-mentanglah mereka adalah Brazil jadi pengadil akan segera menilainya melalui video bantuan pengadil (VAR). Sama ada drama itu positif atau negatif, mereka tetap akan menilainya kerana ia adalah Brazil."

Dengan 64 gol antarabangsa, pemain berusia 28 itu sudah melepasi rekod Ronaldo (62) dan dipisahkan dengan Pele (77) bagi rekod jaringan sepanjang zaman.

Prestasi Neymar ketika bertemu Peru juga merupakan kali keempat dia meledak tiga atau lebih gol lagi dalam sesebuah perlawanan tetapi ini yang pertama dalam perlawanan kompetitif.