Neuer yakin beraksi di Russia

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2017 527
Neuer yakin beraksi di Russia
Kapten Jerman, Manuel Neuer, yakin akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan untuk beraksi dalam Piala Dunia Russia, tahun depan.

Penjaga gol Bayern Munich itu menjalani pembedahan kaki kirinya buat kali kedua tahun ini pada September lalu.

Dalam usaha untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya, Neuer yang masih lagi bertongkat kelihatan masih memerlukan masa yang panjang untuk kembali beraksi.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu yakin dia akan kembali bersedia membantu Die Mannschaft untuk mepertahankan kejuaraan mereka di Russia.

"Pada pendapat saya, tiada apa yang menghalang saya untuk beraksi dalam Piala Dunia," katanya.

"Saya berharap dapat pulih sepenuhnya bermula tahun baru nanti dan membuat persiapan serta kembali beraksi."

Neuer merupakan kapten Jerman sejak September 2016 dan pilihan pertama yang beraksi dalam saingan Piala Dunia 2010 dan 2014.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen