Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer, mendedahkan bahawa dia bakal berehat sehingga enam bulan selepas mengalami kecederaan patah metatarsal pada September.

Pemain berusia 31 tahun itu kurang beraksi pada 2017 selepas mengalami kecederaan tersebut ketika tewas dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid, April lalu.

Neuer terlepas baki saingan musim lalu selepas membuat penampilan semula pada permulaan musim ini, dengan masalah penjaga gol Jerman itu berulang dan dia terpaksa direhatkan sehingga Januari.

Bercakap mengenai masalah yang dihadapi, dia menyatakan akan kembali pada Januari dan dapat membuat persiapan ke Piala Dunia.

"Kecederaan yang dialami perlu kekal bersih dan pulih dengan sendiri," katanya.

"Ia akan memakan masa sehingga enam bulan."

Neuer bakal terlepas banyak aksi Bayern musim ini tetapi dijangka pulih pada masa yang tepat bagi membuat penampilan dalam saingan Piala Dunia 2018.