Neuer kembali Mac nanti 

Oleh Penulis Jemputan 23 Disember 2017 531
 Neuer kembali Mac nanti 
Joachim Low menjangkakan Manuel Neuer akan mula berlatih pada Februari atau Mac dan bersedia pada masa yang tepat untuk memimpin Jerman dalam Piala Dunia 2018 di Russia. 

Neuer dipinggirkan oleh  Bayern Munich atau Die Mannschaft sejak September lalu berikutan penjaga gol itu memerlukan pembedahan untuk mengatasi tulang kaki kirinya yang patah. 

Pemain berusia 31 tahun itu masih berjalan menggunakan tongkat sementara dia meneruskan pemulihannya, namun tetap menaruh keyakinan dapat ke Russia.

Sikap optimis itu turut dikongsi jurulatih pasukan kebangsaan, Low, yang percaya penjaga gol utamanya itu akan kembali beraksi sebelum temasya bermula.

"Pelannya ialah dia mula berlatih pada Februari atau Mac, dia memerlukan lebih banyak masa untuk pulih," katanya kepada Radio B5.

"Dia adalah penjaga gawang terbaik di dunia, kapten kami dan kami sangat memerlukannya."

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen