Neuer kali pertama bolos kesemua 10 perlawanan Bundesliga berturut-turut

Oleh Muzaffar Musa 9 Januari 2021 1286
Neuer kali pertama bolos kesemua 10 perlawanan Bundesliga berturut-turut
Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer, melalui rekod terburuk sepanjang kariernya dalam Bundesliga.

Dengan jaringan Jonas Hofmann pada minit ke-35 perlawanan Bayern menentang Borussia Dortmund awal pagi tadi, Neuer gagal merekodkan perlawanan tanpa bolos buat kali ke-10 berturut-turut dalam liga divisyen utama berkenaan.

Ia merupakan kali pertama penjaga gol berusia 34 tahun itu berdepan rekod terburuk berkenaan sepanjang 15 musim ini.

Sebelum ini, rekod bolos terburuk Neuer adalah ketika dibolosi dalam sembilan perlawanan berturut-turut dari September hingga Disember 2018.

Kali terakhir penjaga gol Bayern itu merekodkan perlawanan tanpa bolos adalah ketika menewaskan Eintracht Frankfurt 5-0 pada 24 Oktober lalu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen