Neuer dan Brandt tidak akan beraksi menentang San Marino

Oleh Staff Writer 9 November 2016 0
Neuer dan Brandt tidak akan beraksi menentang San Marino
Jurulatih Jerman, Joachim Low, perlu memulakan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino esok tanpa kelibat Manuel Neuer dan Julian Brandt. 

Penjaga gol Bayern Munich, Neuer dan penyerang Bayer Leverkusen, Brandt, yang mengalami demam, tidak menaiki penerbangan ke Rimini bersama skuad Jerman, semalam.

Juara Piala Dunia 2014 itu terlebih dahulu kehilangan Toni Kroos, Julian Draxler dan Jerome Boateng, yang mengalami kecederaan manakala Mesut Ozil pula direhatkan.

Jerman mendahului Kumpulan C dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, dua mata di depan Azerbaijan, yang berada di kedudukan kedua, sementara Ireland Utara ketinggalan dengan lima mata di tempat ketiga.

Lawan yang menanti Jerman esok, San Marino, pula berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen