Presiden baru UEFA, Aleksander Ceferin, terbuka dengan cadangan mengadakan final Liga Juara-Juara Eropah di luar benua Eropah.

Idea sama telah diterapkan dalam sukan lain, dengan London menjadi tuan rumah kepada perlawanan National Football League (NFL).

Ceferin turut berkata ada kemungkinan bandar New York mampu menjadi tuan rumah kepada final acara bola sepak paling berprestij di Eropah itu.

"Ia satu cadangan tetapi kami perlu berbincang terlebih dahulu," katanya.

"Untuk beralih dari Portugal ke Azerbaijan adalah sama jika kamu mahu pergi ke New York."

Ceferin turut mendedahkan akan kembali menerapkan konsep pembidaan secara terbuka untuk menjadi tuan rumah kepada final Liga Juara-Juara Eropah dan final Liga Europa.

Namun, dia menegaskan waktu sepak mula 1945 BST tidak akan berubah meskipun akan membawa keuntungan kepada pasaran besar seperti China.

"Daripada aspek kewangan, tidak sesuai untuk melakukannya," tambahnya. "Kami perlu mengambil kira pasaran lain juga tetapi bagaimana untuk melakukannya masih perlu dibincangkan.

"Pasaran China sangat menarik tetapi Amerika Syarikat turut sama menawarkan pasaran yang menarik, tambahan pula sukan bola sepak semakin mendapat tempat di sana."