Kelab Queen's Park Rangers (QPR) semalam mengumumkan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, telah menyertai anggota lembaga pengarah QPR Holdings Ltd.

Menerusi akaun Instagram, Nazir berkata pelantikan itu merupakan cabaran baru yang menarik dan akan melakukan yang terbaik demi kelab berkenaan.

Clipboard01

Tokoh perbankan itu sebelum ini dilaporkan peminat kelab Chelsea.

Laman web rasmi kelab London itu mengumumkan seorang lagi rakyat Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan, yang juga bekas pengerusi eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia turut menyertai Nazir sebagai ahli lembaga pengarah.

Kedua-duanya menyertai Fernandes, Amit Bhatia, Ruben Gnanalingam dan Datuk Kamarudin Meranun dalam lembaga pengarah QPR Holdings Ltd.

QPR kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2011/12 selepas 'hilang' daripada saingan utama selama 15 tahun.

Bagaimanapun, mereka tersingkir kembali ke liga kedua selepas dua musim bersaing dalam EPL.