Napoli masih tunggu tawaran menarik untuk Koulibaly 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 Julai 2020 202
 Napoli masih tunggu tawaran menarik untuk Koulibaly 
Napoli belum menerima sebarang tawaran serius untuk khidmat Kalidou Koulibaly, kata Pengarah Sukan, Cristiano Giuntoli, semalam. 

Pertahanan pusat dari Senegal itu dikaitkan dengan perpindahan ke naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City. 

City berjaya dalam rayuan penggantungan pembelian pemain yang dikenakan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan mungkin merupakan kelab yang menarik untuk Koulibaly yang mempamerkan prestasi cemerlang di Naples.

Begitupun, kelab Serie A tersebut tidak tergesa-gesa untuk melepaskan tonggak berumur 29 tahun itu walaupun penjualannya mampu membiayai program pembangunan mereka sebelum sepak mula musim depan. 

Giuntoli memberitahu DAZN: "Buat masa ini belum ada tawaran sebenar. Kami tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan pada masa ini. Kami akan bersama-sama pemain untuk menilai tentang apa yang patut dilakukan."

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bien joué 👏🏿 #NapoliUdinese 2-1 #SerieA #KK #blacklivesmatter 💪🏿 #ForzaNapoliSempre 💙

A post shared by Kalidou Koulibaly (@kkoulibaly26) on



Dalam masa sama, skuad kendalian Gennaro Gattuso itu dilihat giat memperkasa pilihan mereka di bahagian serangan apabila mengesahkan sedang memburu penyerang Lille, Victor Osimhen.

Giuntoli berkata: "Kami berminat, tetapi proses rundingan tidak berlangsung seperti yang difikirkan oleh semua orang."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen