Naldo perbaharui kontrak bersama Schalke

Oleh Penulis Jemputan 18 Oktober 2018 44
Naldo perbaharui kontrak bersama Schalke
Pertahanan veteran, Naldo, bersetuju dengan kontrak baru bersama Schalke, yang akan menyaksikannya kekal bersama kelab Bundesliga itu sehingga 2020.

Pemain berusia 36 tahun itu menyertai Schalke daripada Wolfsburg pada 2016 dan mengesahkan dirinya selaku pemain kegemaran buat peminat di Veltins-Arena.

Pertahanan dari Brazil itu sebelum ini masih memiliki kontrak sehingga Jun tahun depan tetapi telah melanjutkannya untuk tempoh 12 bulan lagi.

"Saya terlalu gembira dengan lanjutan kontrak bersama Schalke," katanya.

"Ia adalah sebuah kelab besar dengan penyokong setia yang sukar dipercayai dan sentiasa berada di belakang kami."

Pengendali pasukan, Domenico Tedesco, menambah: "Ia menjadi khabar gembira buat peminat Schalke. Naldo adalah individu hebat di dalam dan di luar padang. Dia merupakan pemain unik di dalam skuad."

Naldo membantu Schalke menamatkan saingan Bundesliga di tangga kedua bagi aksi musim lalu tetapi permulaan aksi musim 2018/19 tampak kurang meyakinkan.

Kemenangan 1-0 ke atas Mainz hujung bulan lalu menamatkan rentetan lima kekalahan dalam liga sebelum menuju aksi rehat antarabangsa dengan kemenangan ke atas Fortuna Dusseldorf.

Skuad kendalian Tedesco itu bakal melayan kunjungan Werder Bremen, Sabtu ini.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen