Penyerang Portugal dan Barcelona, Trincao, berkata 'mustahil' untuk memilih antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia.

Trincao beraksi bersama kapten Portugal dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Ronaldo di peringkat antarabangsa, manakala menyertai legenda Barcelona, Messi di Nou Camp musim ini.

Ronaldo dan Messi telah mengumpul 11 Ballon d'Or, dengan Messi yang meraih enam daripadanya.

Trincao ditanya mengenai dua bintang itu selepas Portugal seri tanpa jaringan di Sepanyol dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

"Saya sangat berbangga kerana dapat beraksi bersama Ronaldo dan Messi," katanya.

"Mustahil untuk memilih siapa yang terbaik."

Ronaldo dan Renato Sanches menggegar palang gol dalam separuh masa kedua, ketika kedua-dua negara itu bakal berdepan dalam aksi Liga Negara=Negara selepas ini.

Portugal berkunjung untuk bertemu juara dunia, Perancis pada AHad, sehari selepas Sepanyol bertemu Switzerland.

"Ia adalah perlawanan yang sukar berdepan lawan yang berkualiti. Ia merupakan permulaan yang baik buat kami berdepan pasukan handalan," kata Trincao lagi.

"Saya akan melakukan tugas saya, saya sentiasa bersedia untuk beraksi, sama seperti rakan sepasukan yang lain dan ia terletak di atas keputusan pengurus pasukan."