Mustahil buat Barca untuk bangkit sekali lagi

Oleh Staff Writer 12 April 2017 10799
Mustahil buat Barca untuk bangkit sekali lagi
JUVENTUS 3 BARCELONA 0

Andres Iniesta mengakui mustahil buat Barcelona untuk bangkit apabila mereka tewas 3-0 dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Juara Sepanyol itu tewas 3-0 di Turin kepada skuad kendalian Massimiliano Allegri, dengan Paulo Dybala menjaringkan dua gol sebelum tandukan Giorgio Chiellini melengkapkan kemenangan The Old Lady.

Barca mengawal permainan tetapi bergelut untuk menembusi gawang gol yang dikawal oleh Gianluigi Buffon, sekaligus kalah buat kali kedua berturut-turut di laman lawan.

Walaupun mereka telah mencipta sejarah bangkit ketika tewas 4-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada pusingan lalu dengan meraih kemenangan 6-1 dalam aksi timbal balik, Iniesta berkata kebangkitan yang sama sukar untuk dilakukan jika tidak memberikan aksi yang terbaik di Nou Camp.

"Kami membuat kesilapan, terutama sekali dalam separuh masa pertama," kata Iniesta.

"UCL menghukum Barca dengan dua jaringan awal.

"Dalam separuh masa kedua, kami berhak menjaringkan satu gol, namun gagal melakukannya.

"Kami enggan terlalu yakin untuk melakukan perkara yang sama ketika berdepan PSG tetapi kami akan mencuba yang terbaik."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen