Eden Hazard mengakui tahun pertamanya bersama Real Madrid merupakan musim terburuk dalam kariernya.

Bekas bintang Chelsea, Hazard, yang berhijrah ke Real dengan yuran perpindahan bernilai EURO100 juta Julai tahun lalu tetapi mengalami kecederaan hampir sepanjang musim 2019-20.

Masalah hamstring menunda penamilan pertamanya untuk Los Blancos, sementara masalah kaki dan pergelangan kaki menyaksikan dia sekadar turun beraksi sebanyak 21 kali dalam semua pertandingan.

Real yang telah menjuarai Supercopa de Espana dan LaLiga musim ini serta kekal dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), walaupun mereka tewas dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir kepada Manchester City 2-1.

Sementara Hazard yang baru sahaja mula menemui rentak di Santiago Bernabeu, mengakui dia tidak banyak menyumbang kepada pasukan.

"Terdapat kecederaan, tetapi saya berharap tahun depan akan menjadi lebih baik," kata Hazard.

"Walaupun musim ini tidak begitu teruk bagi saya, saya tidak dapat meminta pengalaman yang lebih baik daripada datang ke sini dan memenangi saingan liga pada tahun pertama saya.

"Tahun ini, secara kolektif kami memenangi gelaran, tetapi bagi persembahan individu, ini merupakan musim terburuk dalam karier saya."

Sekiranya Real mengatasi defisit mereka melawan City, mereka akan berdepan Juventus atau Lyon di suku akhir ketika Liga Juara-Juara (UCL) menuju ke Lisbon.

"Ini adalah musim yang agak pelik dengan semua yang berlaku," kata Hazard.

"Musim ini sudah sangat bagus, tetapi saya berasakan ia akan menjadi lebih baik jika kami mara ke suku akhir UCL.

"Ketika anda bermain untuk Real Madrid, anda ingin memenangi semua gelaran yang mungkin. UCL adalah sasaran seterusnya, walaupun kami dalam kedudukan yang sukar, kami tetap akan berusaha."



Membimbing Real menuju kegemilangan LaLiga menyaksikan Zinedine Zidane telah merangkul 11 trofi dalam tempoh dua musim -- ketinggalan tiga di belakang rekod kelab yang disandang oleh Miguel Munoz.

"Kami semua mengetahui Zidane sebagai pemain, dia adalah yang terbaik. Sebagai jurulatih, kami bahkan tidak perlu menggambarkannya lagi," kata Hazard.

"Dia telah membuktikan, hanya dalam beberapa tahun, dia sudah menjadi salah satu jurulatih terbaik. Dia mempercayai pemainnya dan pemainnya mempercayainya. Itulah sebabnya ia berhasil."