Muller: Bayern tidak gentar dengan mana-mana pasukan

Oleh Ammar Hakim 15 Ogos 2020 421
Muller: Bayern tidak gentar dengan mana-mana pasukan
Thomas Muller mengisytiharkan Bayern Munich tidak gerun kepada mana-mana pasukan selepas menewaskan Barcelona dalam Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Gergasi Bundesliga itu meraih kemenangan 8-2 di Lisbon, dengan Muller meledak dua gol untuk menghantar Bayern ke separuh akhir.

Muller, yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas sekali lagi bertindak cemerlang, mencadangkan gaya permainan membuatkan pasukan lawan tidak terdaya untuk memberikan jawapan.

"Saya berasakan pasukan kami dalam prestasi yang terbaik," katanya kepada BT Sport.

"Terima kasih untuk trofi pemain terbaik perlawanan -- mungkin kami memiliki 12 hingga 15 pemain yang berhak meraihnya. Kami telah berusaha dengan penuh intensiti. Sukar untuk mengatasi kami. Sungguh menarik.

"Gaya permainan kami tidak mengira nama pemain yang perlu kami hadapi. Apabila sesiapa melakukan tekanan dan menggelecek, ia bukan satu masalah. Kami akan mendapatkan semula bola dan menampilkan kualiti yang kami miliki.

"Kami berasa sangat baik, tetapi kami perlu rehat dan pulih semula."

 

Muller menyifatkan keputusan perlawanan menggambarkan niat sebenar pasukan, tetapi dia segera menyatakan skuad kendalian Hansi Flick perlu kembali mula daripada bawah untuk pusingan seterusnya, di mana mereka bakal berdepan Manchester City atau Lyon.

"Ia adalah satu kenyataan yang besar tetapi kami perlu akan bermula 0-0 untuk perlawanan seterusnya.

"Pasukan lain menyaksikan perlawanan kami dan mereka boleh kagum atau sebaliknya. Kami akan bermula 0-0 dan cuba untuk memenangi perlawanan seterusnya.

"Saya menyedari situasi sebegini. Hampir setiap kali selepas kemenangan besar [Muller terlibat ketika Jerman menang 7-1 ke atas Brazil dalam Piala Dunia 2014] ia adalah sukar."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen