MAINZ 1 BAYERN MUNICH 2

Thomas Muller mendakwa Bayern Munich tidak berada dalam kedudukan sebagai pilihan selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Mainz.


Thiago Alcantara meledak gol kemenangan buat Bayern untuk juara Bundesliga itu melakar rentetan tiga kemenangan dalam semua pertandingan bagi mengurangkan tekanan terhadap Niko Kovac.

Leon Goretzka meletakkan pelawat di hadapan tetapi Jean-Paul Boetius membalas untuk Mainz sebaik permainan bersambung ekoran kelekaan pertahanan Bayern.

Biarpun mengakui Bayern perlu lebih gigih untuk meningkatkan persembahan, Muller menegaskan mereka tidak boleh cerewat tentang soal bagaimana mereka meraih mata.

"Mainz sering menyusahkan ketika beraksi di tempat sendiri," kata Muller kepada laman sesawang rasmi Bayern.

"Namun, kami mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kami boleh menerima keputusan 2-1 memandangkan prestasi kami dalam liga dan corak permainan kami tidak begitu baik ketika ini.

"Kami mahu menang dengan lebih daripada satu gol tetapi pada masa ini, kami tidak boleh mengeluh tentang kemenangan.

"Kami menetapkan rentak dan terpaksa menyumbat lebih banyak lagi dalam separuh masa pertama. Selepas rehat, kami tertidur tetapi kami kembali dengan baik."

Di sebalik masalah mereka itu, Bayern kini hanya dua mata di belakang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, yang diikat 2-2 oleh Hertha Berlin.

Begitupun, Kovac kurang sependapat dengan Muller apabila berpuas hati dengan kemenangan tersebut.

"Ia adalah kemenangan sukar yang sememangnya seperti yang kami jangkakan," kata Kovac.

"Tetapi, dalam situasi sekarang, kami gembira dapat memenangi tiga perlawanan terakhir kami, saya rasa kemenangan ini wajar, kami berpuas hati dan harap ia akan berterusan.

"Saya sangat kesal kerana apa yang telah kami bincangkan semasa rehat tidak terlaksana, kami tertidur dan mengalami masalah, namun saya gembira kerana pasukan masih mencipta peluang."