Pemain tengah Inter, Christian Eriksen, tidak menyangka akan memanaskan bangku simpanan sepanjang musim lalu.

Eriksen berpindah daripada Tottenham ke Inter pada Januari lalu tetapi pemain antarabangsa Denmark itu terpaksa bekerja keras untuk menempatkan diri dalam barisan permulaan Antonio Conte.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya tampil 73 minit dalam kempen Serie A musim ini dengan hanya memulakan lapan daripada 17 perlawanan liga pada 2019-20.

Secara keseluruhan, Eriksen memulakan 11 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai Inter musim lalu.

First win in the first game of the season. And what a win ???#ce24

A post shared by Christian Eriksen (@chriseriksen8) on



Ditanya mengenai situasinya bersama Inter ketika bertugas di peringkat antarabangsa ketika Denmark bersiap untuk menghadapi Iceland dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi esok, Eriksen meluahkan kekecewaannya kepada wartawan: "Saya tidak sanggup duduk di bangku simpanan sepanjang musim. Saya harap ini bukan niat pengurus mahupun kelab.

"Kami perlu berdepan jadual padat yang luar biasa dalam tempoh singkat dan kami juga perlu mengharungi tiga perlawanan bersama pasukan kebangsaan dalam beberapa hari ini. UNL bermula pada waktu kami baru kembali ke kelab masing-masing, jadi akan ada banyak perlawanan untuk terlibat.

"Saya yakin peluang saya akan tiba jua. Jadual sebegini memerlukan kelab bergantung supaya kepada pemain di luar padang dan saya sendiri mengharapkan detik itu akan tiba.

"Saya mendapati diri saya ketika ini berada di satu tahap iaitu saya tidak belum berada dalam situasi seperti ini. Saya bermula dengan baik sejurus tiba di Inter Januari lalu dan berusaha membuktikan keupayaan, kemudian musim kami ditangguhkan kerana COVID-19 namun prestasi kami turun naik sebaik kempen lalu bersambung.

"Ramai yang meletakkan jangkaan dan harapan tinggi ke atas saya agar menjadi pemain penentu dalam setiap perlawanan tetapi ia tidak berlaku. Itulah sebabnya orang di luar sana mula memandang saya dari sudut yang berbeza ketika ini.

"Sudah tentu saya menjadi kurang sabar memandangkan sudah berpengalaman dan mencuba pelbagai perkara. Duduk di bangku simpanan memang tidak menyenangkan."

First win in the first game of the season. And what a win ???#ce24

A post shared by Christian Eriksen (@chriseriksen8) on



Di sebalik dikaitkan ke duo Bundesliga, Borussia Dortmund dan Hertha Berlin, bintang Denmark itu terus setia di Milan.

"Saya tidak mendengar sebarang perkembangan baru daripada ejen saya dan jika sesuatu berlaku di sekitar saya, saya pasti akan mendengar beritanya daripada dia atau kelab, tetapi setakat ini tiada apa-apa," tambahnya.

"Saya sudah biasa dengan kenyataan yang ditulis di akhbar. Ada yang benar dan apa yang tidak benar, jadi saya tidak dapat mengulas mengenainya. Saya hanya tahu apa yang saya diberitahu dan belum ada yang berasas. Jadi esok seperti hari yang lain bagi saya kerana tiada apa yang berlaku."